Saturday 18 May 2013

::. KEBAIKAN MINYAK BUNGA MATAHARI .::





::. KEBAIKAN MINYAK BUNGA MATAHARI .::
#Antara Minyak Bagus Untuk Kulit

Minyak Biji Bunga Matahari - merupakan antara bahan yang terdapat di dalam produk BeautyFrenz Magic Lipstick dan BeautyFrenz Lipbalm. Kandungannya yang kaya dengan Vitamin C, D dan terutamanya E amat baik
dan sesuai untuk struktur dan kesihatan kulit. Malah ianya di anggap antara minyak yang terbaik di sesetengah negara di Eropah.

Bunga Matahari (Helianthus annuus L.) adalah tumbuhan semusim dari family Asteraceae yang popular dijadikan sebagai tumbuhan hiasan yang cantik. Bunganya yang agak besar dan kebiasaannya berwarna kuning terang mempunyai sifat khas yang istimewa iaitu selalu menghadap ke arah matahari sehinggakan rakyat Perancis menggelarnya sebagai tournesol atau "pengelana matahari". Merupakan bunga rasmi untuk Kansas di Amerika Syarikat.


Selain digunakan sebagai sebahagian untuk produk kecantikkan, ianya juga popular dijadikan sebagai altenatif minyak masak kelapa sawit terutamanya yang mempunyai masalah Kolestrol dan Kencing Manis kerana sifatnya yang membantu menurunkan kadar kolestrol dalam darah serta meningkatkan stamina badan.



 

No comments:

Post a Comment